TweetThis Button

Friday, September 4, 2009

Kenapa Kepenatan...

Kenapa kalo kita balik dari lecture kita rasa penat dan nak ja tido kat katil kejap. Mungkin sebab kita stay sepanjang malam atau sebelum tu memang dok wat kerja yang betul2 memenatkan. Macam mana plak orang tido cukup and x buat keja pa2 tetap tido lepas balik dari lecture. Sebabnya Kebosanan Membawa Kepenatan.

Jangan tido2 dalam klas
Sumber : http://travel.webshots.com

Berdasarkan artikel 'How to Banish the Boredom That Produces Fatigue, Worry, and Resentment' karya Dale Carnegie menyatakan yang kebosanan membuatkan badan lebih penat berbanding keletihan dari aktiviti fizikal. Dalam artikel ini, sorang Ph.D dr, Joseph E. Barmack telah eksperimen terhadap beberapa students dengan menguji hubugan antara bosan dan letih. Bila students ni rasa bosan, mereka mengadu rasa mengantuk, pening pala, rasa rimas dan ada yang x sedap perut. Kajian metabolisma terhadap students ini menunjukkan tekanan darah yang rendah dan pengambilan oksigen yang skit.

Satu kisah yang agak menarik mengenai geng komando dan geng orang tua yang nak panjat satu gunung. Dua geng ni panjat skali gunung. Memang disangka yang geng komando panjat gunung ngan pro nya, yang geng tua plak macam nak mati ja memanjat. Dua2 geng ni sampai skali atas gunung, geng tua pon sampai skali atas bantuan geng komando. Sampai ja atas gunung, geng komando ni trus masuk tido sebab diorang rasa letih. Diorang letih bukan sebab penat naik gunug sebab bosan memanjat gunung sedangkan diorang dah besa dengan benda2 yang lebih lasak dan mencabar. Geng tua yang nak mati memanjat rasa amat teruja bila sampai di puncak. Diorang ni nyalakan ungun api dan bersembang dan menyanyi hingga ke tengah malam.

Daripada artikel ni, baru ku tahu belajar ni memang memenatkan sebab nak menahan mata dari tertutup. Pegi lecture memang membosankan tapi try la our best untuk tumpu. Lepas habih lecture nak tido pon x kisah sebab 2 membuktikan badan penat berjuang semasa dalam klas :).

2 comments:

Rex said...

btol2...aku bosan dgn study...huhuhu...

kay shafiQ said...

taw x pa. hehehe

Followers Forever