TweetThis Button

Saturday, May 23, 2009

Bermulanya Masalah Politik di Perak

Semuanya bermula apabila wakil Dewan Undangan Negeri(DUN) Bota, Dr. Nasaruddin lompat parti daripada Barisan Nasional(BN) ke Barisan Alternatif(BA). Before all of this take place, bekas Menteri Besar(MB) Perak, Dato' Tajol Rosli mengeluarkan kenyataan yang kerajaan Perak dibawah pimpinan IR Nizar akan goyah. Tak sampai seminggu Dr. Nasaruddin lompat parti beberapa insiden berlaku yang membawa kepada huru-hara yang berlaku di Perak masa kini.

Dr. Nasaruddin telah melakukan satu tindakan yang tak dapat diterima oleh aku, dimana dia join balik BN. Dimasa yang sama wakil DUN Jelapang, Hee Hee Yit Fong dan sorang lagi wakil DUN (dah tak ingat sapa) keluar dari BA untuk menjadi wakil bebas. Maka dari segi matematiknya, BN dan BA mempunyai jumlah kerusi yang sama di Perak. Dengan drastiknya Sultan Perak, Sultan Azlan Shah memecat IR Nizar. Hal ini telah menimbulkan kemarahan penyokong-penyokong BA dan ada yang sampai menghina Sultan Azlan. Dalam soal politik masa kini, peranan Sultan agak kabur tapi yang pasti Sultan hanya berperanan sebagai Ketua Agama sahaja. Tetapi apabila Sultan bertitah, haruslah rakyatnya akur kerana institusi beraja adalah kebanggaan kita dan merupakan adat orang Melayu yang harus dipertahankan. Saya tak mahu mengulas panjang mengenai tindakan Sultan Azlan tetapi yang pasti inilah titik bermulanya keadaan kacau-bilau di Perak.

Memang huru-hara kat Perak terutamanya kat Kuala Kangsar. Ramai yang mengadakan demonstrasi dan dimasa yang sama ramai jugak polis dan FRU untuk mengawal keadaan. Kejadian ini berlaku ketika cuti umum dan saya sempat bercakap dengan pengawai polis yang terpaksa menjaga keadaan. Beliau agak marah dengan pihak yang terlibat secara langsung dengan keadaan huru-hara di Perak ini baik pihak BA atau BN. Secara amnya saya melihat, penduduk-penduduk disekitar Tronoh, Parit dan Bota tidak lagi hidup secara damai semasa masyarakat. Dahulunya mereka mesra semasa masyarakat dan menolak idealogi politik berbeza ke tepi. Tetapi sekarang, dapat dibezakan masyarakat-masyarakat kepada dua golongan iaitu golongan BA dan BN. Memang mereka masih berinteraksi, tetapi apabila hal politik dibangkitkan pergaduhan pasti berlaku. Mujur masih diperingkat perang mulut.


Sumber dari siasahdaily.blogspot.com


Sumber dari arifomar.blogspot.com

Gambar-gambar huru-hara di Kuala Kangsar

Bagi saya politik di Malaysia tidak tulus, kurang profesional dan agak menyebelahi pihak BN. Kes di Perak ni seperti telah dirangcang tetapi hanya Allah S.W.T yang tahu kebenarannya. Memang tidak boleh menyalahkan BN kerana menggunakan apa jua cara untuk mendapat kuasa. Dah memang menjadi adat orang yang berkuasa. Mungkin apabila pihak BA dapat memerintah Malaysia mereka mungkin menggunakan cara yang sama. Huru-hara di Perak tidak berhenti sehinggalah sekarang dan keadaan politik di Perak menjadi semakin rumit, dimana saya akan ceritakan lagi kronologinya di post yang seterusnya. Maka tutup dulu artikel ni dengan pesan supaya berfikir la dahulu apabila membuat sesuatu andaian jika tidak ia mungkin akan menjadi fitnah dimana ia membawa dosa yang besar.

0 comments:

Followers Forever